Sabtu, Mei 17, 2008

Selamat Hari Guru..hehe

KUKUTIP ILMU GURU
Dalam perjalanan panjang
ada kaca kerikil karang
pengalaman menjadi matang
berpandu ilmumu guru.

Kukutip guru
mengajarku erti hidup
dan kesusahan kehidupan
bahawa aku belajar semuanya
tentang watak manusia
dan perihal kemanusiaan
pengisi dan pelakon dunia
kau bawa secangkir air
membasah ke tanah lembah
kau bawa sebungkus nasihat
budi terselit dalam khidmat.

Kukutip ilmu guru
dari pagi ke malam kelam
dari kecil ke usia dewasa
bahawa kehidupan tanpa guru
segelap malam di hatiku
tanpa pedoman di akalku.

Kukutip ilmumu guru
cahaya penyuluh nuraniku
nur penerang di mindaku
obor pembakar semangatku
segalanya mewangi abadi
dalam setiap bicara dan tindak
dalam setiap langkah yang bijak.

Akan kukumpul ilmumu guru
di dunia akhirat tersemat di kalbu.

AMI MASRA,
USJ, Subang Jaya.

Terigt plak guru masa belajar dulu..

0 comments:

 
© free template by Blogspot tutorial